PROFIL

Ahli Lembaga Pengarah Baru KOBENA

Dikemaskini : 12/10/2021



GAMBAR SU 1
Tn. Haji Ismail bin Haji Ishak

SETIAUSAHA

GAMBAR DR AINUDDIN 1
 Dr. Ainuddin bin Haji Bahari

PENGERUSI




BENDAHARI 1
Tn. Haji Mohd Azam bin Othman

BENDAHARI

Latest Carta Organisasi

Carta Organisasi

Tarikh kemaskini : 14.10.2021

PROFIL

Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA), merupakan sebuah koperasi belia peringkat kebangsaan yang ditubuhkan pada 25hb November, 1976 di bawah akta koperasi 1948. idea penubuhan KOBENA tercetus daripada keputusan Majlis Perundingan Belia Negara di bawah kementerian kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1975 dan disokong kuat oleh Gabungan Majlis Belia Malaysia YAB Tun Dato' Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi telah dilantik sebagai pengerusi KOBENA yang pertama untuk menerajui amanat ini.


Matlamat penubuhan KOBENA adalah untuk membantu golongan belia tempatan meningkatkan lagi taraf ekonomi mereka melalui sektor koperasi untuk membolehkan mereka menyertai pasaran niaga tempatan secara global, selain dari menyediakan latihan asas dan mempertingkatkan kemahiran golongan belia, ia juga berperanan sebagai penggabungan modal asli untuk melaksanakan pelbagai aktiviti perniagaan untuk memperolehi pulangan secara saksama.


Sehingga kini KOBENA beroperasi di pejabat baharu di Kuala Lumpur dan telah memahat nama di dalam pelbagai bidang perniagaan seperti skim pinjaman peribadai ahli, pembangunan hartanah, pembinaan, latihan kemahiran, pergundangan, teknologi maklumat, insuran serta uang terkini pengurusan majlis dan acara khusus untuk jabatan dan agensi kerajaan.


Sejajar dengan matlamat kerajaan dalam menuju ke arah kecermalangan Wawasan 2020, KOBENA juga tidak mahu ketinggalan dengan mensasarkan agenda tersendiri untuk menjadi koperasi contoh di persada industri perkongsian negara. Justeru, pelbagai perangcangan dan aktiviti perniagaan telah diatur dan dalam perlaksanaan.


Masa kini, dengan berbekalkan semangat kental dan dedikasi dari setiap tenaga kerja serta kepimpinan berwawasan oleh YBhg, Dato' Haji' Ibrahim bin Mat Din selaku Pengerusi Eksekutif, KOBENA Berhad telah memahat nama sebagai salah satu koperasi yang berdaya saing dan berjaya di arean perniagaan tempatan

MISI

 

Misi korporat KOBENA ialah untuk melibatkan diri sepenuhnya di dalam hala tuju ke arah mencapai ekonomi yang berkembang pesat seperti yang termaktud di dalam WAWASAN 2020. Dalam konteks tersebut KOBENA BERHAD menjadikan falsafah korporatnya iaitu "Pantas & Bermutu" sebagai panduan untuk memantapkan lagi tahap keberkesanan kerja dan mutu organisasi


VISI


KOBENA sentiasa akan berpegang pada jati diri penubuhanya iaitu menebarkan dan melestarikan penglibatan dan kejayaan belia-belia di dalam ekonomi dan tumbersaran perniagaan. Ini pada akhirnya akan menjadikan KOBENA sebagai sebuah organisasi yang dihormati di kalangan belia.

SIMBOL

  • Simbol paksi 1 melambangkan keteguhan dan 1 KOBENA
  • Simbol bentuk V melambangkan konglomerat perniagaan
  • Pertembungan antara simbol paksi 1 dan simbol V membentuk huruf K yang melambangkan KOBENA. penyatuan antara konglomerat perniagaan dan keteguhan


WARNA

  • Warna Biru melambangkan kepimpinan
  • Warna Jingga melambangkan pertubuhan Belia
  • Warna Putih melambangkan keikhlsan dan kesucian
icon